Saturday, 4 November 2017

Seni cetakan Sutera Saring




SEJARAH CETAKAN SUTERA SARING

Cetakan sutera saring juga dikatakan sebagai cetakan sarigrafi. Nama ini diberikan dari bahasa latin iaitu “seri” (silk) dan perkataan dari Greek iaitu “graphos” (melukis atau menulis). Pada zaman dahulu, penggunaan sutera (silk) itu adalah sebagai bahan untuk dijadikan cetakan. Namun demikian, setelah zaman berubah dan semakin moden, maka ianya telah digantikan dengan penggunaan bahan sintetik. Penggunaan bahan ini lebih mudah dan mempunyai ketahanan dalam menghasilkan karya.
Cetakan sutera saring yang pertama dijumpa adalah di negara China semasa zaman dinasti Song (960-1279 AD). Manakala negara Jepun dan negara-negara Asia pula telah menggunakan teknik percetakan ini dan memajukan kraf dengan mengaplikasikan cetakan blok dan lukisan tangan (hand applied paint).

Cetakan ini telah diperkenalkan secara meluas di negara barat Eropah dari Asia pada akhir 1700s. Walaupun diperkenalkan secara meluas, tetapi cetakan ini tidak mendapat sambutan dan tidak digunakan di Eropah, malah didapati bahawa kebanyakkan sutera saring diperdagangkan daripada negara timur.



Pada asalnya, sektor industri teknologi lebih membawa manfaat dan lebih untung. Tetapi pada akhir tahun 1900s, cetakan sutera saring telah mendapat sambutan dan diangkat oleh seniman-seniman sebagai satu ekspresif. Selepas itu, cetakan ini semakin popular sama ada dalam seni halus atau dalam percetakan secara komersial. Pada masa itu, mereka sudah biasa untuk mencetak imej-imej yang terdapat dalam poster, T-shirt, topi, CDs, DVDs, seramik, kaca, politena, polipropilena, kertas, logam dan kayu.

Peralatan bahan yang diperlukan
ialah:-
1. Skrin
2. Dye fabrik atau pewarna
3. Sekuji
4. Kain organdi (untuk diregangkan
pada skrin)
5. Kain atau kertas untuk cetakan
6. Kertas (untuk melukis imej)
7. N-Cutter/pisau (untuk memotong
imej)
8. Pita pelekat
9.Stepler gun



aku guna gambar Muzium Terengganu amik dari website

Persediaan Dalam Membentuk Imej      
                     
Menggunakan komputer, mengedit imej menggunakan perisian komputer seperti Adobe Illustrator atau Photoshop.imej telah diubah menjadi hitam putih untuk memudahkan gambar dicetak. edit imej dengan skala kecerahan dan kegelapan yang sekata. 10 imej telah diedit. Dan 7 gambar telah diterima berbeza kecerahan untuk membuat cetakan. 

(sebenarnya ada 7 proses imej berbeza kecerahan: masalah nak uplod x lepas plop.adehh)


Penyediaan Bahan dan Alatan

     Bahan-bahan seperti Blok Silkscreen dan Lightbox adalah peralatan utama dalam proses kerja cetakan sutera saring ini kerana Lightbox ini digunakan untuk mengekspose gambar. Jika tiada lightbox, kita boleh membuatnya secara sendiri dengan penggunakan bahan-bahan seperti kayu, papan nipis atau papan, paku, penukul, staple gun, marker, playar ‘longnose’, gunting, skrew, skrew driver, musking tape, pembaris, lampu kalimantang, gergaji, kayu cermin lutsinar dan pisau. Kita boleh membuat sendiri Light Box (DIY) dengan menggunakan lampu kalimantang sebagai sumber cahaya selain menggunakan cahaya matahari. 



Proses Menyedia ”Photo Emulsion
Dalam proses menyediakan Photo Emulsion perlu menyediakan 3 bahan asas. Antara bahan-bahan tersebut ialah Photo Emulsion (berfungsi sebagai merakam imej seperti filem), Sensitizer (fungsi pelengkap kepada Photo Emulsion) dan -Hardener (fungsi untuk imej bertahan lama dan menutup mana-mana silkscreen yang tidak / kurang terkena Photo Emulsion)
Dalam proses penjagaan Photo Emulsion ini,  harus memastikan ianya tidak terkena cahaya secara terus untuk lebih tahan lama. Jika bekas photo emulsion telah dibuka ia boleh bertahan sehingga 6 bulan dan jika dicampur sensitizer tahan sekurang-kurangnya 3 bulan.

Proses Coating Silkscreen
Proses coating hendaklah dilakukan didalam bilik yang mempunyai kapasiti cahaya yang minima. Pastikan kain Silkscreen bersih. boleh menggunakan sekuji alatan khas (scoop coater) untuk meyapu dan meratakan photo emulsion yang telah disediakan. Sapukan secara rata keatas permukaan silkscreen. menyapunya di bahagian hadapan sahaja ataupun di kedua-dua belah silkscreen. Setelah selesai, blok silkscreen tersebut hendaklah dikeringkan dan pastikan ianya benar-benar kering atau di tempat yang tidak bercahaya atau kadar cahaya yang rendah. Elakkan meletakkan blok silkscreen di tempat yang terlalu banyak cahaya, kerana ia akan menjadikan blok yang telah di coating rosak. Pastikan bahagian hadapan mengadap ke bawah (imej mengadap ke bawah) dan tidak menyentuh permukaan lain semasa proses pengeringan.



Proses Menanggal Photo Emulsion
Setelah tamat tempoh mengekspose, barulah kita boleh menanggalkan photo emulsion selepas diekspose untuk menampakkan imej yang terhasil. Mula-mula ratakan air dahulu ke atas permukaan silkscreen selama 30 saat – 1 minit atau sehingga nampak imej. Kemudian halakan air samada menggunakan spraygun atau paip biasa. Kemudian biarkan ianya terkena cahaya matahari selama beberapa minit kemudian barulah imej itu sedia dicetak keatas permukaan kertas. Untuk mencuci block dari photo emulsion ini, kita boleh memadamkannya dengan menggunakan photo emulsion remover atau water jet.( jenuh kene padam guna water jet woiii. kadang aku guna blok lame senior yang dah berkurun tuhh jenuh nak ilang..aku pakai klorox terus haa..ilang jugak.)

 Proses Mencetak
Proses mencetak haruslah dilakukan secara berhati-hati tetapi cepat. Supaya imej yang terhasil akan tepat. Proses meratakan warna di dalam blok haruslah menggunakan sekuji.( part ni memang kene teliti abis!!! 

bancuhan warna.blh blend warna ikut suka
proses mencoating emulsion













                                                  bilik paling best lepak sejuk hahhaa






imej siap dicetak



muka banyak ketat hahaha






muka ketat masam semuanya tuk kelas cetakan..hahah korang kne hppy k
buat lah kajian warna banyak2 k untuk hasil cntik


boleh dah senyum sikit. ade banyak lagi kajian warna kene buat huhu


 pesanan: sesungguhnya kesabaran sangat diperlukan dalam menghasilkan karya yang berkualiti dalam proses cetakan. terima kasih lect Dr Fauzi untuk ilmu ini.walapun I punya tak seberapa cantik.hahhaa




1 comment:

  1. Casino, Golf, Hotels & Resorts Casino, NV, United States
    Visit Casino, Golf, 오산 출장샵 Hotels 전라북도 출장안마 & Resorts Casino in Gary, IN to enjoy a stay at 논산 출장안마 Casino, Golf, 속초 출장마사지 Hotels & 안양 출장안마 Resorts Casino. Find related hotel reviews  Rating: 5 · ‎7 reviews

    ReplyDelete