Saturday, 4 November 2017

Sejarah Cetakan





    SEJARAH CETAKAN    


Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan  timbul yang telah dihasilkan oleh orang Sumaria dijumpai. Cetakan ini dijumpai sekali dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak bentuk relif. Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan bermula apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di Negara China dan seterusnya kemunculan pula cetakan mono blok kayu buatan tangan di negara barat menjelang abad ke-14 Masihi. Ketika itu, cetakan yang dihasilkan adalah warna hitam putih sahaja dan kemahiran mencetak ini digunakan untuk mencetak bahan yang berkaitan dengan keagamaan, hiasan ilustrasi untuk buku dan poster, propaganda, bahan untuk pendidikan dan cetakan tekstil untuk pakaian. 



 



Pada abad ke-15 pula, penggunaan warna dalam cetakan telah diperkenalkan dan berkembang sehingga munculnya pelbagai karya yang menarik dan berkualiti. Kini, seni cetakan telah berubah dari traditional yang menggunakan tangan dan ukiran sendiri kepada moden dengan menggunakan alatan elektronik seperti komputer, cetakan laser, dan jet. Cetakan yang menggunakan komputer juga dikategorikan sebagai komputer grafik. Abad ke-16 pula, cetakan telah mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan kewujudan karya seniman dari Eropah Utara iaitu Albrecht Durer.