SEJARAH
CETAKAN
Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000SM apabila cetakan timbul yang telah dihasilkan oleh orang
Sumaria dijumpai. Cetakan ini dijumpai sekali dengan salinan imej kulit kerang
di atas tanah liat yang berbentuk empat segi dan mereka berjaya mencetak bentuk
relif. Walaubagaimanapun, ada juga orang yang mengatakan bahawa cetakan bermula
apabila cetakan blok kayu buatan tangan muncul pada abad ke-7 Masihi di Negara
China dan seterusnya kemunculan pula cetakan mono blok kayu buatan tangan di
negara barat menjelang abad ke-14 Masihi. Ketika itu, cetakan yang dihasilkan
adalah warna hitam putih sahaja dan kemahiran mencetak ini digunakan untuk
mencetak bahan yang berkaitan dengan keagamaan, hiasan ilustrasi untuk buku dan
poster, propaganda, bahan untuk pendidikan dan cetakan tekstil untuk
pakaian.
Pada abad ke-15 pula, penggunaan
warna dalam cetakan telah diperkenalkan dan berkembang sehingga munculnya
pelbagai karya yang menarik dan berkualiti. Kini, seni cetakan telah berubah
dari traditional yang menggunakan tangan dan ukiran sendiri kepada moden dengan
menggunakan alatan elektronik seperti komputer, cetakan laser, dan jet. Cetakan
yang menggunakan komputer juga dikategorikan sebagai komputer grafik. Abad
ke-16 pula, cetakan telah mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting
dengan kewujudan karya seniman dari Eropah Utara iaitu Albrecht Durer.